Saturday, October 3, 2009

PENGENALAN KEPADA SKUASY

Skuasy ialah sukan beraket yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets",satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek digunakan dalam permainan skuasy.

Biasanya permainan ini dimainkan oleh dua orang pemain tetapi boleh dimainkan oleh empat orang dalam gelangggang yang sama yang dipanggil acara beregu.Tetapi,acara beregu ini jarang dimainkan di peringkat amatur ataupun antarabangsa.

Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19,hanya di luar London England sebagai satu penambahan raket.Pembinaan gelanggangg yang pertama seperti yang direkodkan di Harrow dalam tahun 1860-an.Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow ooleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang dengan raket yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama.

Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universitisehingga awal abad ke-20 yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalm kelab-kelab persendirian seperti RAC di London dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.

Amerika Syarikat menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifisikan permainannya pada tahun 1907.Pada tahun yang sama,Persatuan Tenis dan Raket(British) menubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an.Kemuudiannya,Persatuan Raket Skuasy(British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928.Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF(World Squash Federation).Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA(Professional Squash Association) manakala wanita oleh WISPA(World International Squash Player Association).

Skuasy berterusan hampir secara ekslusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan kelas atasan sehinggalah sekitar tahun 1950-an,apabila pengendali-pengendali profesional mula membina gelanggang untuk orang awam.Permainan ini menjadi terkenal dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an.Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang,permainan ini menjadi popular di kebanyakan tempat terutama Australia,Barat Laut Eroopah,Amerika Utara serta Asia.

Di tahap elit,permainan ini dibahagi diantara pemain-pemain amatur dan profesional yang mana jurulatih-jurulatih yang sering diambil bekerja oleh kelab-kelab ekslusif.

RAKET

Raket merupakan peralatan yang digunakan untuk memukul bola.Dalam sukan skuasy,pemilihan raket yang betul dan sesuai dengan keupayaan seseorang pemain itu akan membolehkan pemain akan merasa selesa dan menjadikan bola yang dipukul mempunyai kelajuan yang tinggi.Antara raket terbaru keluaran Prince ialah "Prince 03 Speedport Black","Prince 03 Speedport Tour" dan "Prince 03 Black".

PRINCE 03 SPEEDPORT BLACK

Prince 03 Speedport Black direka berdasarkan inovasi teknologi yang sesuai dan memastikan bola yang dipukul semakin laju dan memberi keselesaan kepada pemain.Produk yang berharga $199.00 ini biarpun amat mahal bagi sesetengah orang tetapi ia sangat berbaloi kerana kepuasan yang boleh didapati apabila mereka mencubanya.Selaiin itu,ia juga membantu dari segi pukulan iaitu memastikan pukulan lebih sempurna serta memberi kawalan yang stabil apabila bola dipukul berbanding dengan raket-raket yang terdahulu.Dengan ukuran panjang raket Sepanjang 68.5cm dan berat 135g,Prince 03 Speedport Black tidak harus dilepaskan oleh pemain-pemain skuasy.

PRINCE 03 SPEEDPORT TOUR

Seperti Prince 03 Speedport Black,Prince 03 Speedport tour ini juga merupakan raket yang direka berdasarkan inovasi-inovasi daripada teknologi-teknologi terkini yang sesuai bagi memastikan bola yang dipukul semakin laju dan selesa.Raket yang dikeluarkan sebelum Prince 03 Black ini dilihat tidak banyak perbezaan berbanding Prince 03 Speedport Black cuma kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam Prince 03 Speedport Tour ini diperbaharui pada Prince 03 Speedport Black.Dengan harga $189.00 memberi kelebihan kepada penggunanya dari segi kawalan bola,kelajuan pukulan serta kesempurnaan dalam pukulan.Ciri-ciri yang terdapat pada raket ini tidak banyak bezanya berbanding Prince 03 Speedport Black

PRINCE 03 BLACK


Juga merupakan raket terbaru daripada Prince,Prince 03 Black didatangkan dengan harga $149.00.Raket yang sangat ideal bagi mereka yang inginkan kelajuan bola yang dipukul sangat optimum serta mementingkan kesederhanaan dalam permainan.Direka khas untuk mereka yang ingin memvariasikan lagi pukulan semasa permainan ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai teknik dan skil yang sangat tinggi.Prince 03 Black ini sepanjang 68.5 cm dan berat 138g tidak banyak bezanya berbanding dengan Prince 03Speedport Black dan Prince 03 Speedport Tour.

BEG

Skuasy juga mempunyai beg sebagai salah satu kelengkapan yang perlu ada bagi setiap pemain.Beg ini bukan sahaja bertujuan untuk menyimpan peralatan-peralatan skuasy tetapi juga boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai barang peribadi lain seperti dompet,telefon bimbit,kunci dan sebagainya.

PRINCE SQUASH TEAM TRIPLE BAG BLACK GREEN


Antara beg skuasy jenama Prince ini ialah Prince Squash Team Triple Bag Black Green.Beg ini berharga $42.95.Beg ini bersaiz 29 inci x 14 inci x 10 inci.Beg ini mempunyai 3 zip utama untuk menyimpan barang.Zip di bahagian tengah boleh memuatkan ttiga batang raket manakala zip di bahagian lain boleh digunakan untuk menyimpanpelbagai peralatan serta aksesori lain.Beg ini jugga boleh digalas bagi memudahkan sertta memberi keselesaan kepada mereka yang menggunakannya.Boleh didapati dengan warna hijau,hitam dan perak.

PRINCE SQUASH TRIPLE BAG BLUE SILVER


Dengan harga $29.95,Prince Squash Triple Bag Blue Silver ini mempunyai ruang utama penyimpanan yang boleh menyimpan tiga batang raket serta ruang lain yang boleh menyimpan pelbagai aksesori lain seperti dompet,kunci,telefon bimbit dan sebagainyayang terletak di bahagian tepi beg.Beg yang didatangkan dengan warna biru dan perak ini mempunyai saiz 29 inci x 4 inci x 10.5 inci.

PRINCE TOUR TEAM 12 PACK GREEN

Prince Tour Team 12 Pack Green ini merupakan sebuah beg yang sangat mementingkan ruang dan sangat ideal bagi pemain-pemain profesional yang sering menyertai kejohanan yang merka sertai.Dengan dua bahagiaan zip di bahagian luar beg boleh memuatkan boleh memuatkan empat batang raket pada setiap bahagian dan bahagian tengah juga boleh memuatkan empat batang raket serta boleh menyimpan pelbagai aksesori lain kerana masalah ruang yang tidak mencukupi tidak terdapat pada Prince Tour Team 12 Pack Green ini kerana beg ini mempunyai saiz 31 inci x 13 inci x 14 inci dan mempunyai variasai warna hijau dan hitam.

KASUT

Kasut juga merupakan peralatan asas dalam permainan skuasy.Kasut yang sesuai membolehkan pemain merasa selesa semasa bermain serta mengelakkan kecederaan semasa bermain.Di sini merupakan contoh kasut keluaran Prince

PRINCE INDOOR IV COURT SHOES

Prince Indoor IV Court Shoes ini merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Prince.Boleh didapati dengann harga $69.00,Prince Indoor IV Court Shoes dibuat daripada getah yang berkualiti tinggi dan sangat sesuai bagi mereka yang sangat serius dalam sukan ini.Selain itu,ia juga diperbuat daripada teknologi berasaskan Ultra Light EVA.Bagi pencinta sukan skuasy,Prince Indoor IV Court Shoes merupakan kasut yang mesti dimiliki.

BOLA

Bola skuasy berbentuk bulat dan terdapat dua pilihan utama yang sering digunakan bagi tahap pemain yang berbeza iaitu bola yang berdot biru dan bola yang berdot kuning.

PRINCE RAGE BLUE DOT BOX


Prince Rage Blue Dot Box ini berharga $26.75 yang mana terdapat 12 biji bola dalam sekotak.Bola ini mempunyai lantunan yang tinggi serta bola yang dipukul akan menjadi semakin laju.Bola ini sesuai digunakan bagi mereka yang masih baru dalam skuasy.

PRINCE RAGE PRO DOUBLE YELLOW DOT SQUASH BALL BOX


Bola yang digunakan oleh mereka yang mempunyai mutu permainan yang tinggi dan berkelas dunia ini mempunyai lantunan yang rendah serta kelajuan yang perlahan berbanding bola berdot biru.Selalu digunakan dalam kejohanan-kejohanan bertaraf dunia dan berharga $31.95 sekotak yang dalamnya mempunyai 12 biji bola.

EYEGUARD

Eyeguard ataupun disebut sebagai pelindung mata dalam Bahasa Malaysia merupakan alat yang digunakan untuk melindung mata daripada terkena bola yang dipukul oleh pemain lawan semasa dalam perlawanan.Pelindung mata kebiasaannya digunakan oleh pemain amatur dan mereka yang masih baru lagi dalam sukan skuasy kerana kefahaman mereka tentang peraturan serta kawalan permainan masih lagi rendah dan kecederaan mata akibat bola yang dipukul sering kali terjadi.

PRINCE PRO LITE EYEGUARD

Prince Pro Lite Eyeguard ini berharga $16.95.Merupakan model yang sangat ringkas tetapi masih lagi mementingkan ciri-ciri keselamatan selaras dengan tujuannya sebagai pelindung mata.

PRINCE PRO LITE II EYEGUARD

Pelindung mata yang sangat popular bagi mereka yang ingin menceburkan diri secara serius dalam sukan skuasy ini berharga $21.95.Mempunyai ciri seperti kualiti yang maksimum serta lensa yang berkualiti tinggi bagi memberikan keselesaan kepada pemain.

PRINCE SPEED EYEGUARD


Prince Speed Eyeguard pula direka bagi membolehkan pemain dapat melihat keseluruhan gelanggang dengan jelas bagi membolehhkan keselesaan semasa bermain.Selain itu,lensa pada pelindung mata ini juga memberikan pemain keselesaan kepada pemain.Prince Speed Eyeguard ini didatangkan pada harga $23.85.

LATAR BELAKANG PEMAIN LELAKI



ONG BENG HEE


Berada pada kedudukan ke-19 dunia,pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini merupakan pemain utama negara.Dilahirkan pada 4 Februari 1980,beliau mula mendapat status sebagai pemain profesional pada tahun 1995 ketika usianya baru menjangkau 15 tahun.Biarpun prestasi yang ditunjukkan ketika ini tidak menentu,beliau pernah mencapai kedudukan terbaik ke-7 dunia yang dibuat pada Disember 2001.Dengan mempunyai ketinggian 178sm dan berat 72 kilogram,anak didik Jamshed Gul ini pernah merai dua pingat emas dalam dua edisi Sukan Asia iaitu pada tahun 2002 di doha dan empat tahun berikutnya di Doha serta merai pingat perak Sukan Komanwel 2002 dalam acara beregu campuran bergandingan dengan Nicol Ann David.Selain itu,Ong juga pernah merai 11 gelaran daripada 19 final yang disertainya serta pernah memenangi gelaran Juara Remaja Dunia pada 1998.

MOHD AZLAN ISKANDAR



Berasal dari Sarawak,Mohd Azlan Iskandar merupakan pemain nombor dua negara di belakang Ong Beng Hee.Berumur 27 tahun,pemain berdarah kacukan Scotland dan Melayu ini mempunyai misi untuk berada dalam kelompok 10 teratas kerana kedudukan tertinggi yang pernah dirainya hanyalah ke-11 dunia yang dibuat pada September 2008.Pemain yang bertukar kepada status profesional pada tahun 2000 ini sekarang di bawah tunjuk ajar jurulatih Peter Genever setelah pengunduran jurulatih lamanya iaitu Neil Harvey.

MOHD NAFIIZWAN ADNAN


Anak jati Kuala Terengganu yang lahir pada 24 April 1986 ini mendapat status profesional pada tahun 2004 dan merupakan pemain lelaki ketiga Malaysia di belakang Ong Beng Hee dan juga Mohd Azlan Iskandar.Beliau sangat beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada dua orang jurulatih iaitu Jamshed Gul dan juga Peter Genever.Nafiizwan meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 30 terbaik dunia pada tahun hadapan.Biarpun memenangi banyak gelaran dalam kejohanan domestik,beliau kecewa kerana sasaran untuk berada dalam senarai 50 kedudukan terbaik dunia pada tahun 2008 gagal dirai apatah lagi berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan PSA menyaksikan Nafiiizwan berada pada kedudukan ke-60.

LATAR BELAKANG PEMAIN WANITA



NICOL ANN DAVID


Nicol Ann David atau dikenali dengan nama panggilan sebagai Duracell Bunny merupakan permata skuasy negara kerana masih lagi mengekalkan status selaku pemain nombor satu dunia bagi wanita iaitu kedudukan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemain wanita negara mahupun pemain-pemain benua Asia yang lain.Dilahirkan pada 26 Ogos 1983,pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini mula berjinak-jinak dalam permain skuasy sejak tahun 1994 dan mendapat status profesional pada tahun 2000.Di bawah kendalian jurulatih Liz Irving,Nicol mula berada pada kedudukan teratas dalam senarai ranking yang dikeluarkan oleh Wispa sejak Januari 2006 hinggalah sekarang.Antara kejohanan yang pernah dimenanginya ialah pingat perak beregu campuran Sukan Komanwel 2002 di Manchester bersama dengan Ong Beng Hee,pingat emas Sukan Asia 1998 Bangkok dan Doha 2006,pingat perak Sukan Asia Busan 2002 dan dua pingat emas dalam dua kejohanan dunia iaitu di Duisburg 2005 dan Kaohsiung 2009 di samping kejohanan-kejohanan anjuran Wispa yang lain.

DELIA ARNOLD


Merampas kedudukan nombor dua pemain wanita negara daripada Sharon Wee,pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini beruubah kepada status profesional pada tahun 2003.Dilahirkan pada 26 Januari 1986,pemain yang mendapat tunjuk ajar daripada Ahmed Malik dan Peter Genever ini berada pada kedudukan ke-25 terbaik dunia.Kejayaaan bermakna yang dilakarnya setelah berubah kepada status profesional ialah dengan menumpaskan pemain ke-17 dunia berasal dari Hong Kong iaitu Rebecca Chiu yang dilakarnya pada final NSC Satelitte No.2 pada Ogos 2008.Kedudukan terbaik yang pernah dikecapinya ialah yang dibuat pada Mei 2009 iaitu kedudukan ke-23 dunia

SHARON WEE


Sharon Wee Ee Lin atau dikenali sebagai Sharon Wee terpaksa merelakan status pemain no.2 negara kepada Delia Arnold.Mungkin faktor usia yang sudah menjangkau 32 tahun membataskan pemain kelahiran Melaka ini bergiat aktif dalam bidang ini seperti sebelum ini sehingga kedudukannya dalam ranking WISPA semakin menjunam dan berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan,Wee berada di senarai ke-31 terbaik dunia.Mula bertukar status kepada pemain profesional pada tahun 1997,anak didik Shaun Moxham ini pernah berada kedudukan tertinggi iaitu ke-18 dunia yang dibuat pada Disember 2006