
Nicol Ann David atau dikenali dengan nama panggilan sebagai Duracell Bunny merupakan permata skuasy negara kerana masih lagi mengekalkan status selaku pemain nombor satu dunia bagi wanita iaitu kedudukan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemain wanita negara mahupun pemain-pemain benua Asia yang lain.Dilahirkan pada 26 Ogos 1983,pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini mula berjinak-jinak dalam permain skuasy sejak tahun 1994 dan mendapat status profesional pada tahun 2000.Di bawah kendalian jurulatih Liz Irving,Nicol mula berada pada kedudukan teratas dalam senarai ranking yang dikeluarkan oleh Wispa sejak Januari 2006 hinggalah sekarang.Antara kejohanan yang pernah dimenanginya ialah pingat perak beregu campuran Sukan Komanwel 2002 di Manchester bersama dengan Ong Beng Hee,pingat emas Sukan Asia 1998 Bangkok dan Doha 2006,pingat perak Sukan Asia Busan 2002 dan dua pingat emas dalam dua kejohanan dunia iaitu di Duisburg 2005 dan Kaohsiung 2009 di samping kejohanan-kejohanan anjuran Wispa yang lain.
No comments:
Post a Comment